Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah Pendidikan Islam sebagaimana yang diterangkan pengertian dalam istilah-istilah ta'dib,irsyad dan tadris adalah satu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya di muka bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqilah, emosi, dan aqidah serta jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam. Usaha ini adalah bagi melahirkan muslim yang beriman, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, Negara dan umat.