Maahad Muhammadi Tumpat adalah sebuah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam  Kelantan (YIK) .  Sejarah penubuhannya bermula apabila SMU(A) Bustanul Arifin (L) di Kg Berangan digabungkan dengan Sekolah Menengah Agama Tumpat (P) .  Sekolah Menengah Agama Tumpat ditubuhkan berasaskan Sekolah Menengah Bahriah yang terletak di Kg Dalam Rhu Tumpat.

         SMU(A) Bahriah ditempatkan di Sekolah Menengah Tumpat (SMAT) Kg Sedar pada bulan Disember 1984.  Sekolah Menengah Agama Tumpat( SMAT) dibuka secara rasminya pada 1 Januari 1985.

         Akhirnya pada tahun 1999 Y.A.B Menteri Besar Kelantan , Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat telah merasmikan bangunan baru 3 tingkat yang telah siap dibina dan nama SMAT di tukar kepada Maahad Muhammadi Tumpat